HARAP MAKLUM
LAMAN WEB PUSAT KHIDMAT DUN PAYA JARAS KINI TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BARU DI http://www.payajaras.com/

MAKLUMAN INI BERKUATKUASA DARI TARIKH HARI INI 19 SEPTEMBER 2007 DAN LAMAN INI AKAN DITUTUP SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SEBULAN DARI TARIKH INI.

HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEBELUM INI

Webmaster


Baca Seterusnya!
PEMUDA PAYA JARAS BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA
BENTONG, PAHANG – Pergerakan Pemuda UMNO Dun Paya Jaras kini memasuki fasa akhir dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum dengan memantapkan seluruh jentera parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor berkata demikian ketika ditemui di akhir kursus pemantapan pilihanraya Pemuda DUN Paya Jaras di Dusun Eko Resort, Bentong baru-baru ini.








Katanya, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO DUN Paya Jaras bila mengikuti sendiri kursus dua hari yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang di Bentong ini.

Menurutnya, Pemuda memainkan peranan yang penting dan amat bermakna dalam menggerakan jentera pilihanraya sekaligus menjadi penentu kejayaan dalam pilihanraya.

“Saya berbangga dan berpuas hati dengan persiapan yang diatur oleh Pemuda DUN Paya Jaras dan ini membayangkan bahawa kita (Barisan Nasional) bersedia bila-bila masa sahaja untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.” Tegasnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang

Kursus tersebut dihadiri oleh 108 orang ahli-ahli Pemuda yang terdiri dari 37 cawangan dalam DUN Paya Jaras. Kursus yang dikendalikan oleh Biro Tata Negara (BTN) telah mendedahkan kepada persediaan mental dan fizikal serta stategi bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Baca Seterusnya!
GURU BUKAN SEKADAR KERJAYA - Ir. BUSHRO

SUNGAI BULUH 30 Jun 2007 – Menjadi seorang guru bukan sekadar satu kerjaya sebaliknya tugas guru melangkaui batasan seorang penjawat awam. Guru sebagai pendidik mempunyai tanggongjawab yang lebih besar bagi memastikan anak didiknya saban tahun lahir sebagai seorang manusia berjaya.



Menurut ADUN Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor, menjadi seorang guru amanahnya terhadap manusia dan anak bangsa.

Buktinya, setiap yang berjaya antara kita hari ini bermula dari sentuhan seorang guru meskipun guru tersebut kekal pada tahapnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Malam Gemilang Guru dan Penyampaian penghargaan pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM DUN Paya Jaras 2007.

Katanya lagi, atas rasa terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dalam DUN Paya Jaras, Sekretariat DUN Paya Jaras terpanggil untuk merai dan menghargai guru-guru tersebut.

“Mungkin apa yang kita lakukan sekadar jamuan makan dan sedikit cenderahati tidak akan sama dengan pengorbanan dan jasa guru-guru dalam DUN Paya Jaras, tetapi inilah menifestasi tanda terima kasih kita kepada guru-guru terlibat.

“Manakala bagi pelajar yang cemerlang, penghargaan yang diberi adalah sebagai tanda dorongan untuk mereka lebih berusaha dan berjaya di masa hadapan” tegasnya

Di majlis tersebut guru-guru dirai dan dihargai manakala pelajar cemerlang diberi sumbangan dan sijil penghargaan.

Baca Seterusnya!
KELUARGA BAHAGIA, NEGARA CEMERLANG - Ir. BUSHRO

KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULUH 24 Jun 2007 – Institusi keluarga menjadi benteng terakhir dalam usaha kerajaan membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Negara yang terbilang, negeri yang cemerlang dan bangsa yang gemilang lahir dari sebuah keluarga yang menjadikan rumah itu mahligai idaman dan syurga impian.



Demikian ditegaskan oleh ADUN Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor ketika berucap di majlis penutup Seminar Pemantapan Keluarga Bahagia.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Melayu Sungai Buloh, RELA Kampung Melayu Sungai BUloh, Sekolah Rendah Agama Zahidiah dan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Daerah Gombak Cawangan Kuang itu menampilkan beberapa penceramah ternama.

Katanya lagi, setiap daripada kita bertanggongjawab untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia tanpa mengira taraf kedudukan dan ‘siapa kita’.

“Keluarga bahagia tidak semestinya datang daripada keluarga berada malah setiap keluarga berhak untuk membentuk dan melahirkan sebuah keluarga bahagia.

“Membentuk keluarga bahagia bermula dari rumah, sebab itu ‘Rumah Idaman Syurga Impian’ yang menjadi tema seminar ini seharusnya dijadikan program berterusan untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia” tegasnya

Menurutnya lagi, modal insan yang kerap ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi akan berjaya sekiranya setiap keluarga berjaya membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Baca Seterusnya!
STREET SOCCER PEMUDA ZON PAYA JARAS BERJAYA


PAYA JARAS 24 Jun 2007 – Pertandingan ‘Street Soccer’ atau dikenali juga ‘bolasepak jalanan’ anjuran Ketua Pemuda UMNO Cawangan-cawangan Zon Sungai Buluh Timur DUN Paya Jaras mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Sejumlah 20 pasukan mengambil bahagian yang terdiri daripada pasukan pemuda-pemuda cawangan dalam zon Sungai Buloh Timur yang diadakan di perkarangan Apartment Danau Rebung.




Berucap merasmikan program tersebut ADUN Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor berkata, pendekatan melalui sukan ‘street soccer’ ini akan dapat mengcungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan bolasepak disamping mengeratkan siratulrahim sesama pimpinan dan ahli pemuda.

Katanya, beliau mahu pgogram ini dijadikan acara tahunan disamping membuka penyertaan kepada pasukan luar agar semangat ‘bermain bola’ ini dapat diterap kepada generasi muda.

Menurutnya, bermain bola ini merupakan sukan yang menitik beratkan semangat satu pasukan serta persefahaman yang tinggi. Ianya berbeza dengan sukan lain yang lebih kepada kemampuan individu untuk menang.

“Kejayaan sesuatu pasukan bolasepak tidak bergantong kepada keupayaan satu dua individu sebaliknya kekuatan pasukan.

“Semangat inilah yang perlu diterap dalam kita berpolitik atau berkhidmat kepada masyarakat” jelasnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang

Baca Seterusnya!
MESYUARAT AGUNG MASJID AL-HUDA








Baca Seterusnya!
SELESEMA BURUNG - SEJUMLAH RM 143,393.35 DI BAYAR SEBAGAI PAMPASAN
SUNGAI BULOH - Sejumlah RM 143,393.35 wang pampasan telah dibayar kepada 313 penternak ayam di Kampung Paya Jaras ekoran operasi pemusnahan unggas bagi membendung wabak selesema burung baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada penternak sebagai ganti rugi kepada unggas peliharaan mereka yang terpaksa dimusnahkan sepanjang operasi baru-baru ini.

ADUN Paya Jaras Ir. Muhammad Bushro Mat Johor dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Datuk Mustapa Abdul Jalil ketika sidang media selepas majlis penyerahan wang pampasan di Sungai Buluh baru-baru ini


Ir. Muhammad Bushro Mat Johor dan Datuk Mustapa menyampaikan wang pampasan kepada salah seorang penternak yang terbabit



Katanya, wang pampasan tersebut akan disampaikan sepanjang tiga hari bermula kelmarin kepada kesemua penternak yang telah direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdasarkan operasi pemusnahan yang telah dijalankan.

Disaming itu beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk dari tiga kampung yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi membendung wabak selesema burung yang melanda di tiga kampung terbabit.

"Penduduk yang mempunyai unggas peliharaan telah memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang operasi di jalankan dan ianya telah membolehkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan membendung wabak tersebut dalam masa yang singkat" katanya

Beliau ditemui di majlis penyerahan wang pampasan tersebut yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Paya Jaras. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Datuk Dr. Mustapa Abdul Jalil.



Baca Seterusnya!
TIADA SELESEMA BURUNG MENGJANGKITI MANUSIA DI SUNGAI BULUH


PAYA JARAS – Tiada jangkitan virus selesema burung dilaporkan mengjangkiti manusia setelah empat daripada tujuh pesakit yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurut ADUN Paya Jaras YB. Ir. Muhammad Bushro Mat Johor beliau difahamkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa tiga lagi pesakit, berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang pada bila-bila masa.

Kes selesema burung dikesan ekoran kematian secara mendadak 60 ekor ayam kampung dalam tempoh tiga hari di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor pada 2 Jun lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 30 penduduk di Kampung Paya Jaras Hilir masih diletakkan di bawah pengawasan rumah dan berada dalam keadaan stabil.

Sejak penemuan virus berkenaan di Sungai Buloh, sebanyak 768 rumah telah dilawati dan 4,608 penduduk telah ditemuduga.

Baca Seterusnya!
MASJID SUBANG PERDANA AKAN MULA DIBINA
SUBANG PERDANA - Masjid Subang Perdana akan dimulakan pembinaannya setelah majlis pecah tanah dan menentukan arah kiblat disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Dato' Mokhtar Ahmad Dahalan baru-baru ini.

YB. Ir. Muhammad Bushro Mat Johor sedang meninjau bagi menentukan arah kiblat di majlis pecah tanah pembinaan Masjid Subang Perdana. Di belakang sambil memerhati Exco Kerajaan Negeri Dato' Mohktar Ahmad Dahalan

Pembinaan masjid tersebut akan memberi kemudahan kepada umat Islam sekitar Subang Perdana untuk beribadah disamping menambah satu lagi mercu tanda Subang Perdana.

ADUN Paya Jaras YB Ir. Muhammad Bushro Mat Johor turut hadir di majlis tersebut. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang melahirkan rasa syukur kerana pembinaan masjid tersebut akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.


Baca Seterusnya!
ADUN PAYA JARAS 'SERBU' KILANG HARAM


KEPONG - Bertindak atas rungutan dan rasa kurang selesa penduduk berdekatan Jalan 7 Taman Perindustrian Tago Kepong tentang adanya kilang-kilang haram yang beroperasi di kawasan tersebut, YB Ir. Muhammad Bushro bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah 'turun padang' untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan yang dilapurkan.

Hasilnya ternyata ada kilang haram yang beroperasi di atas tapak yang dikhaskan untuk 'kawasan hijau' disitu.



Menurut beliau, arahan penutupan dan berpindah telah dikeluarkan oleh MPS kerana jelas tindakan pengusaha kilang tersebut melanggar undang-undang serta menimbulkan rasa kurang senang penduduk sekitar.

Ketika ditemui beliau yang juga ADUN Paya Jaras menjelaskan bahawa pejabat ADUN Paya Jaras akan sentiasa dari masa ke semasa memantau dan melakukan tindakan 'turun padang' bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, dengan langkah ini ianya akan lebih berkesan untuk memastikan pembangunan itu dapat dinikmati oleh semua pihak secara selesa dan selamat.

Baca Seterusnya!
SJK (T) SARASWATI TERIMA LIMA UNIT KOMPUTER
SUNGAI BULUH - ADUN Paya Jaras YB Ir. Muhammad Bushro Mat Johor menyerahkan sumbangan lima (5) unit komputer kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswaty bagi memperkasakan lagi penggunaan teknologi maklumat (ICT) di sekolah tersebut.

Majlis penyerahan tersebut dilakukan sempena perasmian bangunan baru sekolah tersebut yang disempunakan oleh Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Velu baru-baru ini.

YB. Ir Muhammad Bushro menyerahkan komputer sumbangan Pejabat DUN Paya Jaras kepada pengetua SJK (T) Saraswaty sambil disaksikan oleh Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Velu

Ketika ditemui beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang menjelaskan bahawa kerajaan negeri mahupun Sekretariat ADUN Paya Jaras sentiasa memberi perhatian kepada keperluan sekolah-sekolah dalam DUN Paya Jaras termasuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sebagainya.

Menurut beliau, setiap sekolah diberi perhatian yang sama kerana disitulah generasi baru Malaysia dididik dan diasuh untuk menjadi pelapis dan warganegara yang bertanggongjawab di masa hadapan.

"Saya selaku wakil rakyat dan pejabat DUN Paya Jaras memang mempunyai hubungan yang baik dengan pentadbir sekolah tersebut malah banyak perkara yang dapat diselesai bersama selama ini. katanya


Baca Seterusnya!
PULIH PROJEK TERBENGKALAI BUKTI KERAJAAN NEGERI PRIHATIN - YB BUSHRO
Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika menyampaikan kunci kepada salah seorang pembeli rumah di Bandar Pinggiran Subang baru-baru ini. Turut hadir ADUN Paya Jaras (kanan) YB. Ir. Muhd Bushro Mat Johor

SUNGAI BULUH – Tindakan kerajaan negeri melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengambilalih projek perumahan terbengkalai Bandar Pinggiran Subang, Seksyen 5U, Sungai Buluh membuktikan kerajaan negeri prihatin dan mengambil berat masalah rakyat.

ADUN Paya Jaras YB. Ir. Muhd Bushro Mat Johor berkata, tidak timbul soal kerajaan negeri ‘lepas tangan’ dengan projek-projek perumahan terbengkalai yang gagal disiapkan oleh pemaju terutamanya di kawasan Sungai Buluh.

Bercakap kepada Laman Web DUN Paya Jaras, beliau berkata ini jelas bila siapnya projek pangsapuri lima tingkat yang membabitkan pembinaan 600 unit itu diteruskan oleh SPNB setelah mengambil alih dari pemaju asal yang terbengkalai sejak tahun 2000.

Beliau yang ditemui di majlis penyerahan kunci pemulihan projek perumahan tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo baru- baru ini.

Sementara itu Menteri Besar Selangor mengingatkan penduduk di kawasan perumahan bertingkat agar menjaga kemudahan awam secara bersama bagi mengelak kos pengurusan bertambah jika berlaku banyak kerosakan serta pembaziran

Baca Seterusnya!
REBUT PEMBANGUNAN DI SUNGAI BULUH - Ir. Bushro
Pembangunan pesat yang melanda kawasan Sungai Buloh, Selangor tidak harus dilihat begitu sahaja oleh penduduk sekitarnya. Pelbagai projek mega yang sedang pesat dilaksanakan di kawasan apa yang disebut 'koridor Guthrie', sudah pasti tempiasnya akan turut melanda penduduk kampung-kampung tradisi di sekitar Sungai Buloh dan Paya Jaras seperti Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempak, Matang Pagar, Sungai Plong dan juga kampung-kampung sekitarnya.




Menurut ADUN Paya Jaras Yb. Ir. Muhd Bushro Mat Johor Sungai Buluh kini berada dalam zon pembangunan pesat dan beliau mahu penduduk sekitar turut terlibat dan bukan hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja.

Katanya, penduduk tidak boleh sekadar berpeluk tubuh melihat pembangunan pesat ini berlaku di depan mata.

"Rebut peluang dan ambil kesempatan ini untuk memajukan diri dan keluarga.

"Cari peluang perniagaan yang boleh kita turut serta kesan dari apa yang sedang melanda Sungai Buluh dan Paya Jaras" katanya ketika ditemui di majlis penyerahan surat kontrak kepada 47 kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah Petaling untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan penyelenggaraan insrastruktur untuk kemudahan masyarakat.

Mengulas lanjut beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang berterima kasih kerana DUN Paya Jaras menerima peruntukan pembangunan yang tertinggi dalam daerah Petaling.

"Kos keseluruhan bagi pembangunan dalam DUN Paya Jaras berjumlah RM 2.5 juta.

"Antara peruntukan tertinggi bagi daerah Petaling" jelasnya


Baca Seterusnya!
GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK TIDAK 'TERLEPAS PANDANG' - YB BUSHRO
PAYA JARAS - Meskipun dalam keghairahan merancang pembangunan dalam DUN Paya Jaras, memastikan kemudahan infrastruktur terus dinikmati oleh rakyat, golongan yang kurang bernasib baik tidak pernah terlepas pandang bagi ADUN Paya Jaras YB. Ir. Bushro Mat Johor.

Katanya, menjadi matlamat kerajaan negeri serta agensinya, apatah lagi Barisan Nasional untuk melihat semua rakyat menikmati dan mengecapi hasil pembangunan secara sama rata dan adil.

Melihat dengan sendiri akan memudahkan tindakan segera diambil - YB Bushro



Namun, bagi golongan yang kurang bernasib baik tetap diberi perhatian. Bagi membuktikan perkara tersebut beliau bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Lembaga Zakat Selangor telah 'turun padang' meninjau dan melihat sendiri segolongan masyarakat yang terpinggir dari arus pembangunan.

Bagi golongan ini bantuan awal dan segera terutama bagi membolehkan mereka menikmati perumahan yang selesa diberi keutamaan.


Baca Seterusnya!
CEMERLANG AKADEMIK, CEMERLANG SUKAN - YB BUSHRO
SUNGAI BULUH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Yb Ir. Muhammad Bushro Mat Johor menegaskan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah juga di nilai bukan sahaja dari pencapaian akademiknya tetapi juga cemerlang dalam bidang sukan.

Katanya, sekolah bukan sahaja tempat untuk belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik tetapi nama sekolah tersebut juga harus cemerlang dalam bidang sukan.

YB. Ir. Muhammad Bushro Mat Johor memotong belon ketika merasmikan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Plong




Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Plong dekat sini baru-baru ini.

Menurut Ir. Bushro lagi, atas sebab itu beliau mahu pengurusan sekolah memberi penekanan yang sama dalam bidang sukan kerana ianya juga sama penting dengan pencapaian akademik.

"Bukan saya menidakan pencapaian akademik tetapi melalui pencapaian dalam bidang sukan juga mampu melonjak nama seseorang malah sekolah itu sendiri." katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Subang

Tambahnya lagi, diluar sana dan di negara-negara luar sudah ada individu ataupun institusi yang mampu terkenal dan menjadi jutawan kerana sukan

Namun beliau mengakui bahawa keduanya perlu dilakukan secara seimbang dan bersunguh-sungguh.


Baca Seterusnya!


Biodata
Selesema burung di Sungai Buloh, orang ramai tidak perlu panik kerana tiada pengesahan mengenai jangkitan virus H5N1 terhadap manusia walaupun beberapa orang dilaporkan dimasukkan ke hospital dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut – Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

1 Jun 2007 (Jumaat)
4.45 petang - Perlawanan Bolasepak Piala Belia 2007 Pusingan Kedua Selangor vs Melaka (Tempat) Padang PKNS Kelana Jaya

Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Fasa Pertama (Tempat) IBBM, Kemensah, Hulu Klang

2 Jun 2007 (Sabtu)
Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Fasa Pertama (Tempat) IBBM, Kemensah, Hulu Klang

11.30 pagi - Mesyuarat agung UMNO Cawangan Kg Kubu Gajah Luar

12.30 tengahari - Majlis perkahwinan anak lelaki En Zainal Abidin Hj Asmawi (Tempat) No 262, Jalan 1A/5 Bandar Baru Sg Buloh

1.00 petang - Majlis perkahwinan anak lelaki en Muda Idrus (Tempat) C20, Jalan MP 39, Kg Matang Pagar

8.00 malam - Majlis perkahwinan anak lelaki En Ismail Gani Mohammad Hanipah (Tempat) Dewan Banquet MBPJ

9.00 malam - Mesyuarat agung UMNO Cawangan Gajah Perdana

3 Jun 2007 (Ahad)
Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Fasa Pertama (Tempat) IBBM Kemansah, Hulu Klang

12.00 tengahari - Majlis perkahwinan anak lelaki Tuan Hj Ahmad Ismail (Tempat) Lot 348 Jalan Sekolah Kg Sg Plong

12.30 tengahari - Majlis perkahwinan anak perempuan En Zakarian Sakaiman (Tempat) Lot 193, Jalan Buloh Perindu, Sg Plong

1.00 petang - Majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Hj Naen Manas (Tempat) Lot 3246, Batu 15 Kg Paya Jaras Dalam

1.00 petang - Majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Hj Ahmad Faridun Zainuddin (Tempat) No 44, Kg Jamuan Kuala Kangsar, Perak

8.30 malam - Mesyuarat agung UMNO Cawangan
1) Taman Usaha Jaya
2) Kg Bukit Lagong
3) Kg Matang Pagar

11 Jun 2007 (Isnin)
7.30 pagi - Majlis perhimpunan bulanan bersama Datuk Bandar kali kelima (Tempat) Dewan Auditorium MBSA

10.00 pagi -12.30 tengahari - Jemputan sesi taklimat program memperkasakan YB. Ahli-Ahli Parlimen & YB ADUN-ADUN Negeri Selangor bagi menangani masalah pencemaran Negeri Selangor (Tempat) Dewan Annex, Shah Alam

2.30 petang - Mesyuarat perancangan, Infrastruktur, Bangunan & Langskap MBSa (Tempat) Dewan Renantanda, MBSA

9.00 malam - Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Dewan Taman Ehsan, Kepong

12 Jun 2007 (Selasa)
8.30 pagi - Jemputan majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Gombak 2007 (Tempat) Dewan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Bandar Tasik Puteri

13 Jun 2007 (Rabu)
10 pagi - Klinik perkhidmatan wakil rakyat (Tempat) Pejabat Dun Paya Jaras

8.00 malam - Majlis makan malam Mencapai Bintang di Malam Sejuta Harapan & Pelancaran Kutipan Derma Pusat Pendidikan Kanak Istimewa Taman Tasik Serendah, Oleh YAB Perdana Menteri (Tempat) Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur

Lawatan Teknikal & Taklimat perlasanaan Local Agenda 21 di Majlis Bandaraya Miri, Sarawak (Tempat) Miri, Sarawak

14 Jun 2007
Lawatan Teknikal & Taklimat perlasanaan Local Agenda 21 di Majlis Bandaraya Miri, Sarawak (Tempat) Miri, Sarawak

9.30 pagi - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Gombak (Tempat) Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Gombak

2.30 petang - Mesyuarat Jawatankuasa Tender MBSA (Tempat) Bilik Mesyuarat Caladenia, MBSA

3.00 petang - Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga / Perunding MBSA (Tempat) Bilik Mesyuarat Caladenia, MBSA

15 Jun 2007 (Jumaat)
Lawatan Teknikal & Taklimat perlasanaan Local Agenda 21 di Majlis Bandaraya Miri, Sarawak (Tempat) Miri, Sarawak

8.30 pagi - Jemputan majlis perasmian Seminar Legasi Tun Abdul Razak kepada pembangunan negara, Oleh Timbalan Perdana Menteri (Tempat) Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara

10.00 pagi - Mesyuarat agung tahunan ke 5 & Mesyuarat agung luar biasa Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (Tempat) Kayangan Ballroom, Quality Hotel Shah Alam

10.30 pagi - Majlis pelancaran Kempen Kitar Semula F&NCC & MBSA 2007 (Tempat) Dewan SMK Seksyen 9 Shah Alam

4.45 petang - Perlawanan Piala Belia 2007 Pusingan Kedua Selangor vs Johor (Tempat) Padang PKNS Kelana Jaya

8.00 malam - Jamuan makan malam ulangtahun ke 15 Permodalan Negeri Selangor Berhad (Tempat) Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam

17 Jun 2007 (Ahad)
8.30 malam - Perkahwinan anak Dr. Hajah Sadiah Abdullah, Pengarah Jabatan Pembangunan MBPJ (Tempat) Dewan Banquet MBPJ

18 Jun 2007 (Isnin)
Lawatan bersama YAB Perdana Menteri ke Rusia (Tempat) Russia
2.30 petang Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan MBSA (Tempat) Bilik caladenia MBSA
8.30 malam Jemputan majlis Malam Mengenang Jasa AJK MPP Zon 6 (Tempat) Carlton Holiday Hotel, Shah Alam

19 Jun 2007 (Selasa)
Lawatan bersama YAB Perdana Menteri ke Rusia (Tempat) Russia

20 Jun 2007 (Rabu)
Lawatan bersama YAB Perdana Menteri ke Rusia (Tempat) Russia

2.30 petang Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan MBSA kali ke 5 (Tempat) Bilik Mesyuarat Caladenia, Wisma MBSA

3.00 - 6.00 petang Hari Terbuka MBPJ & Jamuan Rakyat sempena Sambutan Ulangtahun Pertama MBPJ (Tempat) Perkarangan Tempat Letak Kereta Dewan Sivik MBPJ

21 Jun 2007 (Khamis)
Lawatan bersama YAB Perdana Menteri ke Rusia (Tempat) Russia

2.30 petang Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Petaling Bil 4/2007 (Tempat) Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah Petaling

22 Jun 2007 (Jumaat)

8.30 pagi Mesyuarat Perancangan, Infrastruktur, Bangunan & Landskap MBSA (Tempat) Dewan Renantanda MBSA

10.30 pagi Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2007 Peringkat Kebangsaan, Perasmian YAb Dato' Menteri Besar Selangor (Tempat) Dewan Catteleya, Wisma PKPS, Shah Alam

11.00 pagi Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan MBSA Ke 5/2007 (Tempat) Bilik Mesyuarat Caladenia MBSA

3.30 petang Taklimat Peruntukan Khas Infra Daerah Petaling 2007, Wakil En. Noridin Saat (Tempat) Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung PTD Petaling

4.45 petang Perlawanan Piala Belia 2007 Pusingan Kedua Telekom Melaka FC vs Selangor (Tempat) Stadium Hang Tuah, Melaka

8.00 malam Seminar Mengenai Badan Pengurusan Bersama / 'Joint Management Body' (Tempat) Hotel Concord, Shah Alam

23 Jun 2007 (Sabtu)

8.30 pagi Golf Amal 2007 PIBG SK SS19 Subang Jaya (Tempat) Nilai Spring Golf & Country Club

9.00 pagi Majlis Perasmian Anugerah Cemerlang SMK Bukit Gading (Tempat) SMK Bukit Gading

8.00 malam Jemputan Program Perayaan Kuih Zhang - Duan Wu Festival (Dragon Boat Festival) Mesra Bersama Pemimpin & Penduduk (Tempat) Kawasan Lapang Jalam MP 1, Matang Pagar

24 Jun 2007 (Ahad)

8.30 pagi Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 10 Masjid Al-Huda Paya Jaras (Tempat) Masjid Al-Huda, Paya Jaras

10.00 pagi Perasmian Kejohanan Street Soccer Pemuda Zon Sungai Buloh Timur (Tempat) Apartment Danau Rebung

12.15 tengahari Perasmian Penutup Seminar Rumahku SyurgaKu Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (Tempat) Kg Melayu Sungai Buloh

10.00 pagi 4.00 petang - Lawatan bersama YB Tan Sri NIjhar di cawangan DUN Paya Jaras, Peruntukan Parlimen (Tempat) DUN Paya Jaras

25 Jun 2007 (Isnin)

10.00 pagi Perjumpaan bersama Ir. Muhammad Sohimin GM Planing Development & Teknikal Audit Kumpulan Hartanah Selangor (Tempat) Kediaman YB Bushro, Kayangan Height

9.00 malam Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Dewan Taman Ehsan, Kepong

26 Jun 2007 (Selasa)

8.00 malam Mesyuarat Simulasi Jentera Pilihanraya DUN (Tempat) Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor

27 Jun 2007 (Rabu)

10.00 pagi Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat ) Pejabat DUN Paya Jaras

9.00 malam Mesyuarat Sekretariat DUN Paya Jaras (Tempat) Kediaman YB Bushro, Kayangan Height

(1) Program Pendidikan

(2) Kursus Jentera Wanita DUN di Langkawi

(3) Kursus Jentera Pilihanraya Pemuda di Eco Resort

(4) Seminar Masjid / Surau di D' Village Melaka

(5) Jentera Pilihanraya DUN

28 Jun 2007 (Khamis)

9.30 pagi Mesyuarat Majlis Penuh MBSA (Tempat) Dewan Perbandaran MBSA

9.30 pagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Petaling Bil 6/2007, Wakil En. Noridin (Tempat) Bilik Gerakan Bunga Tanjung, PTD Petaling

3.00 petang Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Selangor Bil 1/2007 (Tempat) Bilik Mesyuarat Renantanda MBSA

29 Jun 2007 (Jumaat)

8.30 malam Majlis Kebudayaan Selangor & Majlis Perasmian Badan Warisan Budaya dan Kesenian Seri Selangor (Tempat) Kristal Ballroom Hotel Hilton, Petaling Jaya

9.00 malam Jemputan Majlis Perasmian 'Minggu Industri Selangor 2007 dan Majlis Perhimpunan Warga Industri Selangor (Tempat) Stadium Malawati, Shah Alam

8.00 malam Majlis Makan Malam Bersama Guru dan Anugerah Pelajar Cemerlang PMR, SPM dan STPM (Tempat) Kelab Golf Rahman Putra

1 Julai 2007 (Ahad)

12.00 tengahari Majlis Perkahwinan anak lelaki Puan Hajah Jamuah binti Mohd Said (Tempat) 1823, Jalan E5/7 Taman Ehsan Kepong

12.30 tengahari Perkahwinan anak perempuan Puan Rokiah Ayobm Ketua Wanita Cawangan SP1 (Tempat) SP1/9 Taman Subang Perdana Satu

1.30 petang Majlis perkahwinan anak perempuan Salim bin Razali (Tempat) Lot 3250, Batu 15 PJ Dalam

1.30 petang Majlis perkahwinan anak lelaki Tuan Haji Yahya Mohd Baki (Tempat) Dewan Masjid Kelana Putra, Masjid Kelana Jaya Putra

2 Julai 2007 (Isnin)

9.00 malam Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Dewan Taman Ehsan, Kepong

4 Julai 2007 (Rabu)

10.00 pagi Klinik Perkhidmatan Wakil Rakyat (Tempat) Pejabat DUN Paya Jaras

5 Julai 2007 (Khamis)

12.00 tengahari Perasmian Karnival Kerjaya Sekolah-Sekolah Daerah Gombak (Tempat) SMK BBSB

7 Julai 2007 (Jumaat)

12.00 tengahari Majlis perkahwinan anak perempuan Puan Hajah Halijah Yahaya, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (Tempat) No. 2 Jalan 8/19 Bandar Baru Bangi

1.00 petang Majlis perkahwinan Mazidayu Md Marzuki dengan Tunku Ahmad Zhafran Tunku Sahar (Tempat) No 661, Jalan 1B/4, BBSB

Kursus Jentera Pilihanraya Pemuda DUN Paya Jaras (Tempat) Aco Resort, Pahang

8 Julai 2007 (Ahad)

12.00 tengahari Majlis perkahwinan anak perempuan En Nasaruddin Munir @ Din (Tempat) No 3159, Batu 15, Kg Paya Jaras Dalam

12.30 tengahari Majlis perkahwinan anak lelaki En Ramli Atan (Tempat) Lot 3330 Batu 15, Kg Paya Jaras Dalam

1.00 petang Majlis perkahwinan anak perempuan Puan Azizah Elias, AJK Wanita Cawangan Paya Jaras (Tempat) Lot 2970 Kg Paya Jaras Tengah, Sg Buluh

8.00 malam Majlis perkahwinan anak perempuan YBhg Dato' Ir. Abd Rashid Hj Yusof, Pengarah JKR Selangor (Tempat) Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK

Kursus Jentera Pilihanraya Pemuda DUN Paya Jaras (Tempat) Aco Resort, Pahang

  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER